Thursday 4 July 2013

Aku dan Bow


Aku mula mengenali sukan ini ketika di sekolah menengah lagi. tapi sejak 2007, aku telah bergiat secara aktif setelah menyertai kursus kejurulatihan memanah di bawah kelolaan IISB dan diberi tunjuk ajar oleh Coach Razak iaitu seorang jurulatih memanah yang tersohor di Terengganu dan Kebangsaan. seingatku, ramai juga guru yang menyertai kursus tersebut namun tinggal hanya diri ini keseorangan dalam meneruskan legasi sukan ini kepada para pelajar. Hanya bermula dengan minat, kuteruskan jua perjuangan sebagai guru yang menguruskan, mengiring dan melatih para pelajar sehingga ada yang telah sampai ke peringkat kebangsaan. Kini, sekolah imtiaz Dungun dapat berbangga apabila dinobatkan sebagai sekolah kluster yang menjadikan sukan memanah sebagai sukan tumpuan (ETOS) serta semakin ramai atlet memanah hafiz dan hafizah dapat dilahirkan. Insyaallah aku akan kongsikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan ini nanti..

Antara pelopor kegemilangan sukan memanah

No comments:

Post a Comment