Friday 26 July 2013

MEMBETULKAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH ATAU TATABAHASA [soalan 3(d)]

MEMBETULKAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH ATAU TATABAHASA [soalan 3(d)]

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

*"highlight" di bawah setiap soalan untuk melihat jawapannya

1.       Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu tidak memberikan kebenaran pada mereka.
Penjaga = pengawal, pada = kepada
2.       Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat di mana menyalahi hukum tatabahasa.
Setiap pelajar-pelajar = setiap pelajar, di mana = yang
3.       Oleh kerana tilam itu lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.
Oleh kerana = oleh sebab, penolong = pembantu
4.       Minyak masak yang berbau hapak itu telah ayah buang.
Hapak = tengik, telah ayah buang = dibuang oleh ayah
5.       Jika sekiranya saudara tidak faham akan perkara ini, silalah berkata kepada kepada saya sekarang.
Jika sekiranya = Jika/sekiranya, berkata = bersuara
6.       Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak dilakukan.
Tidak sahaja = bukan sahaja, dilakukan = diamalkan
7.       Dia menyelak saku seluarnya sebab mengambil kunci kereta.
Menyelak = menyeluk, sebab = untuk
8.       Banyak pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.
Banyak pepohon = banyak pohoh/pepohon, teduh = rendang
9.       Untuk mengelakkan kecelaruan makanan, berhati-hati malah makan di gerai makanan.
Kecelaruan = keracunan, malah = ketika
10.   Encil Lee berjanji akan memberikan upahan yang setimpal sebagai insentif pada para pekerjanya untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
Upahan = ganjaran, pada = kepada
11.   “sejak dari semalam aku asyik teringat akan orang tuaku di halaman,” kata Naim.
Sejak dari = sejak/dari, di halaman = di kampung
12.   Masalah yang dihadapi oleh para-para pelajar haruslah kita basmikan dengan segera.
Para-para pelajar = para pelajar/pelajar-pelajar, basmikan = atasi
13.   Selepas menghentak beras itu, kakak saya telah mengayak beras tepung tersebut sebelum dibuat kuih.
Menghentak = menumbuk, beras tepung = tepung beras
14.   Dalam mensyuarat itu mereka membincangkan lain-lain perkara selain maslah disiplin sekolah.
Lain-lain perkara = perkara-perkara lain, pelajar = sekolah
15.   Bas ekspres itu terperosok ke dalam gaung sebab brek bas itu mengalami kerosakan.
Terperosok = terjunam, sebab = kerana

16.   Naim bersandar pada sebatang pokok yang rendang, namun adiknya Nana keletihan tidur di sisinya.
Namun = sementara , keletihan tidur = tidur keletihan
17.   Semangat inilah yang mendorong kami sehingga tiba di hujung yang tertinggi sekali di semenanjung Malaysia.
Hujung = puncak, tertinggi sekali = tertinggi/tinggi sekali
18.   Awan terapung begitu dekat dengan kami nyaris-nyaris dapat dicapai dengan tangan.
Yang, nyaris-nyaris = seakan-akan
19.   Ada pekerja-pekerja warga asing yang tidak mempunyai pasport, tetapi pada masa yang sama mereka mempunyai kad kredit Malaysia.
Pekerja-pekerja = pekerja, kad kredit = kad pengenalan
20.   Kemampuan negara untuk bersaing peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor tertentu.
Di peringkat, kepada = pada
21.   Kesilapan seorang jurugegas di dalam tugas mereka bentuk jambatan akan menyebabkan jambatan runtuh.
Jurugegas = jurutera, di dalam = dalam
22.   Di hari Sabtu yang lalu, jurugambar profesional itu memberikan penerangan tentang cara-cara mengambil gambar dengan menggunakan teknik terbaru.
Di = pada, terbaru = terbaharu
23.   Perusahaan petroleum di Malaysia menawarkan peluang terbaik golongan muda yang ingin mencari pekerjaan yang menarik dan memuaskan.
Perusahaan = industri, golongan = bagi golongan
24.   Bahaya yang paling kerap dikaitkan dengan penggunaan komputer peribadi adalah kesan buruk yang disebabkan oleh radiatornya.
Adalah = ialah, radiatornya = radiasinya
25.   Banyak faktor lain perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan pengembangan dunia tanpa sempadan.
Perlu = yang perlu, pengembangan = perkembangan
26.   Isu perlanggaran disiplin di dalam kalangan pelajar sekolah sering mendapat perhatian daripada masyarakat.
Perlanggaran = pelanggaran, di dalam = dalam
27.   Selain daripada itu, bilangan orang yang menghirup sakit kerongkong semakin bertambahsebagai akibat cuaca panas.
Selain daripada itu = selain itu, menghirup = menghidap
28.   Demam denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Tiruk betina.
Adalah = ialah, tiruk = aedes
29.   Di antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah ialah sesetengahnya menggunakan alat komunikasi itu untuk mengirimkan saluran pesanan ringkas (SMS) berantai.
Di antara = antara, SMS = khidmat pesanan ringkas
30.   “Apa yang penting ialah masalah pelajar dapat diselesaikan secara yang berhemah supaya mereka dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajaran demi untuk masa depan mereka”, tanya Puan Yie Hann.
Demi untuk masa depan mereka = demi masa depan mereka, tanya = kata

5 comments:

  1. Latihan yang sangat bagus. Saya suka yang jawapan ada kt bawah soalan tpi kena highlight baru boleh nampak. Patut buat lagi banyak soalan sebegini!

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu. sanagt bermanfaat untuk saya.

    ReplyDelete
  3. bagaimana dengan penggunaan 'mempunyai' contoh: Sekolah saya mempunyai sebuah kantin yang cantik dan bersih. Adakah betul penggunaannya?

    ReplyDelete
  4. Good practice...

    ReplyDelete