Friday 26 July 2013

MEMBETULKAN EJAAN DAN IMBUHAN [soalan 3 (c)]

MEMBETULKAN EJAAN DAN IMBUHAN [soalan 3 (c)]

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

*"Highlight" di bawah setiap soalan untuk memaparkan jawapannya

1.       Sistem pemasaran merupakan suatu aspek yang sanggat penting dalam melarisi buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sanggat = sangat, melarisi = melariskan
2.       Tekanan merupa masaalah yang sering dialami oleh semua lapisan masyarakat tidak kira golongan muda mahupun golongan tua.
Merupa = merupakan, masaalah = masalah
3.       Sarap yang dibuang ke dalam longkang boleh menyekat longkang dan saliran lain sekaligus menyebab air  tidak dapat mengalir dengan lancar.
Sekaligus = sekali gus, menyebab = menyebabkan
4.       Misi utama penubuhan Kursi Pengajian Melayu adalah untuk meningkat kesedaran masyarakat dunia terhadap kebudayaan melayu.
Meningkat = meningkatkan, melayu = Melayu
5.       Perkembangan Teknoloji Maklumat telah menghasilkan berbagai-bagai perisian yang diciptakan khusus untuk membantu pengguna dalam memudah kerja serta mendapatkan hasil yang berkualiti.
Teknoloji = teknologi, memudah = memudahkann
6.       Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perunding dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hakcipta dan royalti, penyediaan manuskrip, dan proses penerbitan.
Perunding = perundingan, hakcipta = hak cipta
7.       Semasa menanti adik di rawat kerana ketulangan, ibu tertidur berbantal lengan.
Di rawat = dirawat, berbantal = berbantalkan
8.       Amalan dan corak permakanan manusia senentiasa berubah mengikut peredaran masa.
Permakanan = pemakanan, senentiasa = senantiasa
9.       Ayer kelapa tua, jika dibuang dengan banyaknya ke dalam parit atau sungai, dapat mendatang mudarat kepada hidupan air.
Ayer = air, mendatang = mendatangkan
10.   Segala perkara yang mencemarkan harmoni dan kesejahteraan dapat dicegah dengan semangat kerja sama dan keprihatinan sesama jiran.
Harmoni = keharmonian, kerja sama = kerjasama
11.   Golongan pesakit keronik kebiasaannya beusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.
Keronik = kronik, beusaha = berusaha
12.   Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong  telah berkenan untuk menyempurnakan pelancar model baharu Proton Persona di ibu negara baru-baru ini.
DiPertuan = di-Pertuan, pelancar = pelancaran
13.   Sesi motivasi diri dan persiapan di ambang periksa telah disampaikan oleh Dr. Ismail Zain, pakar motivasi terkenal dan penasihat Potal Pendidikan Utusan.
Periksa = peperiksaan, Potal = Portal
14.   Program Rangkaian Sekolah Malaysia – Asean yang dilancar oleh Menteri Pelajaran Malaysia bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara Asean, kususnya di peringkat sekolah.
Dilancar = dilancarkan, kususnya = khususnya
15.   Guru dan anggota kumpulan sokongan (AKS) yang berhidmat di sekolah pedalaman akan nikmati dua elaun sekali gus, iaitu Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) dan Elaun Balik ke Kampung (EBK) mulai bulan Jun 2007.
Berhidmat = berkhidmat, nikmati = menikmati
16.   Perpustakaan elektrunik ialah perpustakaan alternatif yang dapat menyedia maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.
Elektrunik = elektronik, menyedia = menyediakan
17.   Encik Hilmi tidak mensiakan peluang kemasan yang ditawarkan oleh majikannya agar beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah lanjutan.
Mensiakan = mensia-siakan, kemasan = keemasan
18.   Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah dikenalpasti sebagai punca utama tercetusnya kerisis pencemaran sungai di negara ini.
Dikenalpasti = dikenal pasti, kerisis = krisis
19.   “Amalan Gaya Hidup Sihat” merupakan selogan untuk meningkatkan tarat kesihatan rakyat di menyeluruh negara ini.
Selogan = slogan, menyeluruh = seluruh
20.   Kejayaan kita dalam bidang sains dan teknoloji bergantung pada mampuan kita menguasainya.
Teknoloji = teknologi, mampuan = kemampuan
21.   Masyarakat penyayang dapat diwujud jika kita berjaya memupok semangat kejiranan supaya kesejahteraan sosial terjamin.
Diwujud = diwujudkan, memupok = memupuk
22.   Pemasukan secara bertali arus pendatang asing ke negara ini jika tidak dikawal akan mendatangkan masaalah sosial yang kronik.
Pemasukan = kemasukan, masaalah = masalah
23.   Kita tidak buleh mementingkan pangkat dan kedudukan sehingga sanggup memperlekehkan orang lain sampai menjejaskan maruahnya.
Buleh = boleh, memperlekeh = memperlekehkan
24.   Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesis laut itu kian berada dalam keadaan genting.
Taksuban = ketaksuban, spesis = spesies
25.   Setiap pelajar mempunyai kebolehan yag berbedza dan mereka memerlukan masa untuk menguasai perkara yang mempelajari.
Berbedza = berbeza, mempelajari = dipelajari
26.   Buku kerja itu diterbitkan oleh penerbitan swasta untuk kemudahan pelajar membuat latehan supaya dapat menguasai sesuatu tajuk yang sudah dipelajari.
Penerbitan = penerbit, latehan = latihan
27.   Sayugia diingatkan bahawa penderaan dan penyisihan pelajar yang bermasalah tidak membantukan pihak sekolah mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Sayugia = seyogia, membantukan = membantu
28.   Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Balagah = balaghah, memahamkan = memahami
29.   Setiausaha-setiausaha jabatan kerajaan di daerah itu sedang menghadirkan jamuan tahunan anjoran kerajaan negeri.
Menghadirkan = menghadiri, anjoran = anjuran
30.   Perbincangan dalam kertas kerja ini bertujuan untuk mengenengahkan fungsi penggunaan kamus dalam kalangan pelajar di bangku sekulah rendah.
Mengenengahkan = mengetengahkan, sekulah = sekolah


4 comments: