Friday 5 July 2013

Aku dan rumah impian

Try and error..janji save bajet


Maka alkisahnya bahawa aku masih belum mampu memiliki sebuah rumah sendiri oleh sebab yang tak dapat dielakkan seperti faktor kewangan dan tempat kerja yang jauh. Sementara itu, aku hanya menumpang di rumah pusaka nenekku dan juga kediamanku sejak kecil bersama ibu-bapa. Maka disebabkan juga ahli keluarga yang semakin bertambah menyebabkan satu kejadian yang dinamakan kesesakan di dalam rumah yang ketara lebih-lebih lagi apabila semua sanak saudara berkumpul serentak. Oleh sebab itu, nak ke tak nak aku terpaksa menambah satu lagi bilik tidur dan tandas untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarga lain. Itu pun nasib baik ada sekangkang aku saja lagi tanah yang boleh digunakan. Tambahan lagi waktu tu aku nak kahwin..hehe

Maka sejak itu bermulah usaha aku untuk memajukan dan membangunkan lebihan tanah sekangkang aku itu untuk membuat satu bilik tidur dan bilik air ala-ala hotel gituu.. aku melantik diriku sendiri menjadi kontraktor, pelukis pelan dan buruh kasar. habis kucari pakcik tukang buat rumah untuk berguru bagaimana membancuh simen dan seribu satu lagi masalah perlu diselesaikan demi menjelmakan bilik impianku itu. sejak hari itu juga kusering tercongok di depan rumah atau bangunan dalam pembinaan untuk meneliti, mengkaji, menilai dan membuat rumusan bagaimanakah untuk mengikat bata dan membancuh simen. Maka segala maklumat yang kuperoleh itu akan diaplikasikan dan dibuat ujikaji sendiri sehingga menampakkan hasil yang aku ingini.

hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.. sedar tak sedar genap 2 orang anak baru siap bilik impianku itu..ohhhh, kalau aku punyai wang umpama rimbunan dedaun di pokok..ku upah saja bapak dari seberanggg!

Setelah 3 tahun baru bleh tidur dalam bilik ni

Hari ini impianku untuk memiliki sebuah rumah idaman masih belum menjadi realiti. Namun begitu, akan kucuba untuk mencari jalan dan peluang untuk menjadikan hal itu realiti. Tanah sudah dibeli..tinggal lagi membuat kerja-kerja seterusnya. Dalam perancanganku seterusnya, akan ku buat sendiri rumah itu dari hujung tangga hinggalah ke hujung atap. Adakah boleh dilakukan? hmmm..ku letak datelinenya 10tahun lagi...hehe

*nota : nisbah pasir dan simen untuk mengikat bata 3:1 (air secukup rasa)
           nisbah pasir dan simen untuk plaser / memelas 2:1 (tambah simen kapur sikit)

4 comments: