MEMBETULKAN EJAAN DAN IMBUHAN [soalan 3 (c)]
Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
*"Highlight" di bawah setiap soalan untuk memaparkan jawapannya
*"Highlight" di bawah setiap soalan untuk memaparkan jawapannya
1.
Sistem pemasaran
merupakan suatu aspek yang sanggat penting dalam melarisi buku-buku terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sanggat = sangat,
melarisi = melariskan
2.
Tekanan
merupa masaalah yang sering dialami oleh semua lapisan masyarakat tidak kira
golongan muda mahupun golongan tua.
Merupa = merupakan,
masaalah = masalah
3.
Sarap yang
dibuang ke dalam longkang boleh menyekat longkang dan saliran lain sekaligus
menyebab air tidak dapat mengalir dengan
lancar.
Sekaligus = sekali gus,
menyebab = menyebabkan
4.
Misi utama
penubuhan Kursi Pengajian Melayu adalah untuk meningkat kesedaran masyarakat
dunia terhadap kebudayaan melayu.
Meningkat =
meningkatkan, melayu = Melayu
5.
Perkembangan
Teknoloji Maklumat telah menghasilkan berbagai-bagai perisian yang diciptakan
khusus untuk membantu pengguna dalam memudah kerja serta mendapatkan hasil yang
berkualiti.
Teknoloji = teknologi,
memudah = memudahkann
6.
Khidmat
Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perunding dan khidmat nasihat yang
meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hakcipta dan royalti,
penyediaan manuskrip, dan proses penerbitan.
Perunding = perundingan,
hakcipta = hak cipta
7.
Semasa
menanti adik di rawat kerana ketulangan, ibu tertidur berbantal lengan.
Di rawat = dirawat, berbantal
= berbantalkan
8.
Amalan dan corak
permakanan manusia senentiasa berubah mengikut peredaran masa.
Permakanan = pemakanan,
senentiasa = senantiasa
9.
Ayer kelapa
tua, jika dibuang dengan banyaknya ke dalam parit atau sungai, dapat mendatang
mudarat kepada hidupan air.
Ayer = air, mendatang =
mendatangkan
10.
Segala
perkara yang mencemarkan harmoni dan kesejahteraan dapat dicegah dengan
semangat kerja sama dan keprihatinan sesama jiran.
Harmoni = keharmonian,
kerja sama = kerjasama
11.
Golongan
pesakit keronik kebiasaannya beusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang
ramai melalui media elektronik atau media cetak.
Keronik = kronik,
beusaha = berusaha
12.
Seri Paduka
Baginda Yang DiPertuan Agong telah
berkenan untuk menyempurnakan pelancar model baharu Proton Persona di ibu
negara baru-baru ini.
DiPertuan = di-Pertuan,
pelancar = pelancaran
13.
Sesi motivasi
diri dan persiapan di ambang periksa telah disampaikan oleh Dr. Ismail Zain,
pakar motivasi terkenal dan penasihat Potal Pendidikan Utusan.
Periksa = peperiksaan,
Potal = Portal
14.
Program
Rangkaian Sekolah Malaysia – Asean yang dilancar oleh Menteri Pelajaran
Malaysia bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan
negara Asean, kususnya di peringkat sekolah.
Dilancar = dilancarkan,
kususnya = khususnya
15.
Guru dan
anggota kumpulan sokongan (AKS) yang berhidmat di sekolah pedalaman akan nikmati
dua elaun sekali gus, iaitu Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan
(EKMLTK) dan Elaun Balik ke Kampung (EBK) mulai bulan Jun 2007.
Berhidmat = berkhidmat,
nikmati = menikmati
16.
Perpustakaan elektrunik
ialah perpustakaan alternatif yang dapat menyedia maklumat dalam program
pendidikan jarak jauh.
Elektrunik = elektronik,
menyedia = menyediakan
17.
Encik Hilmi
tidak mensiakan peluang kemasan yang ditawarkan oleh majikannya agar beliau
melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah lanjutan.
Mensiakan =
mensia-siakan, kemasan = keemasan
18.
Sikap manusia
yang tidak bertanggungjawab telah dikenalpasti sebagai punca utama tercetusnya
kerisis pencemaran sungai di negara ini.
Dikenalpasti = dikenal
pasti, kerisis = krisis
19.
“Amalan Gaya
Hidup Sihat” merupakan selogan untuk meningkatkan tarat kesihatan rakyat di
menyeluruh negara ini.
Selogan = slogan,
menyeluruh = seluruh
20.
Kejayaan kita
dalam bidang sains dan teknoloji bergantung pada mampuan kita menguasainya.
Teknoloji = teknologi, mampuan
= kemampuan
21.
Masyarakat
penyayang dapat diwujud jika kita berjaya memupok semangat kejiranan supaya
kesejahteraan sosial terjamin.
Diwujud = diwujudkan,
memupok = memupuk
22.
Pemasukan
secara bertali arus pendatang asing ke negara ini jika tidak dikawal akan
mendatangkan masaalah sosial yang kronik.
Pemasukan = kemasukan,
masaalah = masalah
23.
Kita tidak
buleh mementingkan pangkat dan kedudukan sehingga sanggup memperlekehkan orang
lain sampai menjejaskan maruahnya.
Buleh = boleh,
memperlekeh = memperlekehkan
24.
Taksuban
orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesis laut itu
kian berada dalam keadaan genting.
Taksuban = ketaksuban,
spesis = spesies
25.
Setiap
pelajar mempunyai kebolehan yag berbedza dan mereka memerlukan masa untuk
menguasai perkara yang mempelajari.
Berbedza = berbeza,
mempelajari = dipelajari
26.
Buku kerja
itu diterbitkan oleh penerbitan swasta untuk kemudahan pelajar membuat latehan
supaya dapat menguasai sesuatu tajuk yang sudah dipelajari.
Penerbitan = penerbit, latehan
= latihan
27.
Sayugia
diingatkan bahawa penderaan dan penyisihan pelajar yang bermasalah tidak
membantukan pihak sekolah mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Sayugia = seyogia, membantukan
= membantu
28.
Balagah dalam
bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan
al-Quran.
Balagah = balaghah,
memahamkan = memahami
29.
Setiausaha-setiausaha
jabatan kerajaan di daerah itu sedang menghadirkan jamuan tahunan anjoran
kerajaan negeri.
Menghadirkan =
menghadiri, anjoran = anjuran
30.
Perbincangan
dalam kertas kerja ini bertujuan untuk mengenengahkan fungsi penggunaan kamus
dalam kalangan pelajar di bangku sekulah rendah.
Mengenengahkan =
mengetengahkan, sekulah = sekolah
takde jawapan ker....?huhu..senang nk buat revision brsma student....
ReplyDeletebetmatik
ReplyDeletekralbet
betpark
mobil ödeme bahis
tipobet
slot siteleri
kibris bahis siteleri
poker siteleri
bonus veren siteler
VJY
betmatik
ReplyDeletekralbet
betpark
mobil ödeme bahis
tipobet
slot siteleri
kibris bahis siteleri
poker siteleri
bonus veren siteler
W865
https://saglamproxy.com
ReplyDeletemetin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
LSS1F
صيانة افران غاز
ReplyDeleteقطع غيار فران غاز
شركة صيانة افران بالاحساء cziKQ2EfIP
ReplyDelete