MEMBETULKAN
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH ATAU TATABAHASA [soalan 3(d)]
Dalam setiap
ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu dengan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.
*"highlight" di bawah setiap soalan untuk melihat jawapannya
1.
Mereka tidak
dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu
tidak memberikan kebenaran pada mereka.
Penjaga = pengawal, pada
= kepada
2.
Setiap
pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat di
mana menyalahi hukum tatabahasa.
Setiap pelajar-pelajar =
setiap pelajar, di mana = yang
3.
Oleh kerana
tilam itu lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.
Oleh kerana = oleh
sebab, penolong = pembantu
4.
Minyak masak
yang berbau hapak itu telah ayah buang.
Hapak = tengik, telah
ayah buang = dibuang oleh ayah
5.
Jika
sekiranya saudara tidak faham akan perkara ini, silalah berkata kepada kepada
saya sekarang.
Jika sekiranya =
Jika/sekiranya, berkata = bersuara
6.
Tidak saja di
negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak
dilakukan.
Tidak sahaja = bukan
sahaja, dilakukan = diamalkan
7.
Dia menyelak
saku seluarnya sebab mengambil kunci kereta.
Menyelak = menyeluk,
sebab = untuk
8.
Banyak
pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.
Banyak pepohon = banyak
pohoh/pepohon, teduh = rendang
9.
Untuk
mengelakkan kecelaruan makanan, berhati-hati malah makan di gerai makanan.
Kecelaruan = keracunan, malah
= ketika
10.
Encil Lee berjanji
akan memberikan upahan yang setimpal sebagai insentif pada para pekerjanya
untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
Upahan = ganjaran, pada
= kepada
11.
“sejak dari
semalam aku asyik teringat akan orang tuaku di halaman,” kata Naim.
Sejak dari = sejak/dari,
di halaman = di kampung
12.
Masalah yang
dihadapi oleh para-para pelajar haruslah kita basmikan dengan segera.
Para-para pelajar = para
pelajar/pelajar-pelajar, basmikan = atasi
13.
Selepas
menghentak beras itu, kakak saya telah mengayak beras tepung tersebut sebelum
dibuat kuih.
Menghentak = menumbuk,
beras tepung = tepung beras
14.
Dalam
mensyuarat itu mereka membincangkan lain-lain perkara selain maslah disiplin
sekolah.
Lain-lain perkara =
perkara-perkara lain, pelajar = sekolah
15.
Bas ekspres
itu terperosok ke dalam gaung sebab brek bas itu mengalami kerosakan.
Terperosok = terjunam, sebab = kerana
16.
Naim
bersandar pada sebatang pokok yang rendang, namun adiknya Nana keletihan tidur
di sisinya.
Namun = sementara ,
keletihan tidur = tidur keletihan
17.
Semangat
inilah yang mendorong kami sehingga tiba di hujung yang tertinggi sekali di
semenanjung Malaysia.
Hujung = puncak,
tertinggi sekali = tertinggi/tinggi sekali
18.
Awan terapung
begitu dekat dengan kami nyaris-nyaris dapat dicapai dengan tangan.
Yang, nyaris-nyaris =
seakan-akan
19.
Ada
pekerja-pekerja warga asing yang tidak mempunyai pasport, tetapi pada masa yang
sama mereka mempunyai kad kredit Malaysia.
Pekerja-pekerja =
pekerja, kad kredit = kad pengenalan
20.
Kemampuan
negara untuk bersaing peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor
tertentu.
Di peringkat, kepada =
pada
21.
Kesilapan
seorang jurugegas di dalam tugas mereka bentuk jambatan akan menyebabkan
jambatan runtuh.
Jurugegas = jurutera, di
dalam = dalam
22.
Di hari Sabtu
yang lalu, jurugambar profesional itu memberikan penerangan tentang cara-cara
mengambil gambar dengan menggunakan teknik terbaru.
Di = pada, terbaru =
terbaharu
23.
Perusahaan
petroleum di Malaysia menawarkan peluang terbaik golongan muda yang ingin
mencari pekerjaan yang menarik dan memuaskan.
Perusahaan = industri,
golongan = bagi golongan
24.
Bahaya yang
paling kerap dikaitkan dengan penggunaan komputer peribadi adalah kesan buruk
yang disebabkan oleh radiatornya.
Adalah = ialah,
radiatornya = radiasinya
25.
Banyak faktor
lain perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang
akan diceburi sesuai dengan pengembangan dunia tanpa sempadan.
Perlu = yang perlu,
pengembangan = perkembangan
26.
Isu
perlanggaran disiplin di dalam kalangan pelajar sekolah sering mendapat perhatian
daripada masyarakat.
Perlanggaran =
pelanggaran, di dalam = dalam
27.
Selain
daripada itu, bilangan orang yang menghirup sakit kerongkong semakin
bertambahsebagai akibat cuaca panas.
Selain daripada itu =
selain itu, menghirup = menghidap
28.
Demam denggi
adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi
yang disebarkan oleh nyamuk Tiruk betina.
Adalah = ialah, tiruk =
aedes
29.
Di antara
kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah ialah
sesetengahnya menggunakan alat komunikasi itu untuk mengirimkan saluran pesanan
ringkas (SMS) berantai.
Di antara = antara, SMS
= khidmat pesanan ringkas
30.
“Apa yang
penting ialah masalah pelajar dapat diselesaikan secara yang berhemah supaya
mereka dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajaran demi untuk
masa depan mereka”, tanya Puan Yie Hann.
Demi untuk masa depan
mereka = demi masa depan mereka, tanya = kata
Latihan yang sangat bagus. Saya suka yang jawapan ada kt bawah soalan tpi kena highlight baru boleh nampak. Patut buat lagi banyak soalan sebegini!
ReplyDeleteterima kasih cikgu. sanagt bermanfaat untuk saya.
ReplyDeletebagaimana dengan penggunaan 'mempunyai' contoh: Sekolah saya mempunyai sebuah kantin yang cantik dan bersih. Adakah betul penggunaannya?
ReplyDeleteGood practice...
ReplyDelete👍👍👍👍
ReplyDelete