Thursday, 4 July 2013
Cara membuat gambar passport / profile
Gambar profil ini aku hasilkan sendiri. idea membuat gambar ini apabila memikirkan kos yang agak mahal jika dilakukan di kedai foto biasa. 4 keping size pasport pun dah cecah rm12. jadi dari membazirkan duit berbelas ringgit, buat sendiri jer gambar ni. sebelum tu anda memerlukan beberapa alat iaitu kamera DLSR, 2 bijik speedlite, tripod dan softbox.
aku guna kamera D90 kitlens 18-105mm dan speedlite Nissin866 & 622. lepas tu speedlite tu letak dalam softbox buatan sendiri dari kotak kertas A4 yang saya ambil dari pejabat sekolah. pasang belah kiri dan kanan muka dalam jarak 1-2m. speedlite tu saya setkan slave/master dan guna trigger flash pop-up kamera. lepas tu try n error sampai gambar dan lighting ok. aku jgk zoom lens semaksima mungkin untuk mendapatkan kesan bokeh yang sesuai agar senang nak crop semasa edit nanti.
lepas amik gambar, aku buang background dalam adobe photoshop dan gantikan dengan backdrop yang didownload dlm internet. edit sikit jerawat di muka...hahah.. siap sudaaa! btw, kaedah ni juga aku buat untuk majalah sekolah untuk semua guru dan kakitangan..kalau nak buat background biru pun boleh jugak, cuma gunakan gradient tool dlm PS..
*blazer beli kat bundle harga rm20 dan tie rm2...heheh
Labels:
Fotografi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment