Tuesday, 27 August 2013

Sekarang ni aku sedang sibuk melakar pelan rumah idamanku. Aku dah jumpa satu tanah lot yang sesuai tidak jauh dari rumahku sekarang. kedudukannya di tengah2 sawah padi yg menghijau. Ini merupakan tanah lot yg kedua kubeli kerana tanah lot yg pertama aku rasa mcm tak sesuai jer nk buat rumah sebab kawasannya agak jauh dari tempat kerja walaupun kawasannya lebih luas. tkpelah, simpan jelah dulu tanah tu nanti akan datang bleh jual balik kalau perlu. 

Dengan keluasan tanah 610m, bleh la buat satu banglo sederhana luas, aku fikir nk buat dalam 2500 kaki persegi, mungkin menelan kos RM 250k-300k. Campur tanah RM44k. skrg baru nk setel loan tanah RM50k. jadi, untuk mengurangkan kos sebanyak mungkin, aku cadang nk buat sendiri apa yg boleh, nk minimumkan upah pekerja dan bahan pembinaan. 

langkah pertama ialah aku kena buat pelan rumah yang mengikut citarasaku dan meminimumkan kos kaedah dan penggunaan bahan pembinaan. rekabentuknya aku nk buat ala-ala istana zaman dulu dan bertiang tinggi. kelebihan rekabentuk sebegini ialah untuk memaksimumkan ruang dengan keluasan tanah yang terhad. jadi parking kereta dan apa-apa majlis boleh dibuat di bawah rumah saja. mungkin akan datang juga boleh dibuat bilik jika perlu. Aku rancang nk buat rumah 4 bilik dan 3 bilik air serta ada loteng dalam atap rumah utk dibuat stor. 

Aku guna google sketchup utk lakar dulu bentuk kasar. sudah siap nanti aku akan upah pelukis pelan utk buat seperti aku lakar ni..


No comments:

Post a Comment