Thursday, 10 March 2016

Cari Kayu

Tibalah masa untuk membeli kayu bagi keperluan sebuah rumah. Proses ini agak menjerihkan bagiku. Bermula dengan pencarian kilang kayu/sawmill yang murah. Aku terpaksa merantau hingga ke Daerah Jeli Kelantan untuk mencari kayu yang termurah. Aku mencari kayu jenis meranti bukit untuk pembinaan atap dan dalaman rumah kerana harga yang agak murah dan kualiti yang sederhana. Kalau nak yang berkualiti mestilah seraya atau cengal. tapi maklum sajalah harganya yang mencecah belasan ribu satu tan. Cari punya cari, akhirnya aku jumpa satu sawmill milik Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) di Dabong, Kelantan, dekat dengan Gunung Stong. Kilang ni dengar khabarnya akan ditutup sehari dua je lagi semasa aku sampai di sini.

Kayu meranti bukit di sini harganya dalam rm2000 satu tan berbanding kt daerah aku di Besut yang lebih kurang rm2700 satu tan. Beza dalam rm700 satu tan. Aku perlu kayu dalam 13 tan. Jadi itu membawa perbezaan yang agak banyak. Namun disebabkan oleh kilang ni dah nak tutup, maka stok kayu ada sedikit sahaja. aku borong semua yang ada. Kayu 2x4, 2x2, 12x1, papan lantai. Kayu saiz lain dah habis.. Papan lantai untuk loteng jenis kayu kelat merah berharga rm1600 satu tan, jauh lebih murah berbanding di Besut yang mungkin berharga rm2000 ke atas. Manakala kayu untuk buat lapik tangga dan beranda luar rumah bersaiz 12x1 itu pula jenis kayu kekatong..semua skali harga rm27k..habis pokai duit aku...


 Kayu papan lantai jenis kelat merah. Dapat harga murah sebab bekas tenggelam banjir besar kelantan tahun lepas. tapi masih ok lagi, cantik lagi kalau ketam balik..borong semua yang ada..

 Kayu meranti bukit 2x2 ni je yang tinggal. borong semua..

Kayu kekatong 12x1 untuk tangga kayu 







 Masalah logistik memberi cabaran yang agak besar. Kebetulan masa ni musim hujan, jalan jadi becak. lori bawa kayu tak dapat masuk walaupun dan letak batu jalan..




 kayu terpaksa dibuang di luar kawasan rumah. lokasi yang agak jauh untuk membawa kayu tersebut ke rumah. pening lagi..



Tambun lagi batu untuk sewa lori angkut kayu sikit-sikit ke tapak rumah. 2 hari baru habis angkut. sewa lori 2 hari = rm200. Upah pekerja angkut rm500 2 hari. Sewa lori balak dari kilang ke sini dalam rm1000..penat oooooo

14 comments:

  1. assalamualaikum,

    saya mencari kayu meranti merah. minta tuan hubungi saya sekiranya tuan tahu dimana saya boleh mencari pembekal kayu tersebut. saya boleh dihubungi di nombor ini. 019.5054672. Asif

    ReplyDelete
  2. Salam, saya mencari kayu kelat dan meranti. Boleh call saya 0179725753 atau wasap 0139242072

    ReplyDelete
  3. Kami membekal kayu pelbagai saizdan jenis - Seraya, Meranti, Merawan, Kelat dan lain – lain. Selain itu kami juga menjual barangan binaan iaitu
    2. Besi Y10, Y12, besi link R6 dan ‘BRC’ pelbagai jenis dan saiz
    3. Plywood pelbagai jenis dan saiz
    4. Simen biasa dan simen plaster
    5. Siling UAC
    6. ‘Frame’ pintu dan tingkap besi
    7. ‘Frame’ pintu dan tingkap kayu
    8. Bunga Kuntum
    Lokasi kami di Kg Baharu, Besut. https://goo.gl/maps/8edpS4BuXuP2
    Berminat boleh hubungi 09-6910495, 019-4803038

    ReplyDelete
  4. mencari kayu seraya merah area sabah. call/whatsapp 01125012845 urgent

    ReplyDelete
  5. Saya mencari kayu seraya, balau di area Kuantan. call/whatsapp urgent 019-9585930

    ReplyDelete
  6. Mencari pembeli kayu seraya secara lump sump. Material clearance. Hubungi Pak Syed +601113005343 / +60137470916 En.Helmy. lokasi Taman Dahlia, Tampoi, Johor

    ReplyDelete
  7. Sy Mencari kayu untuk lantai rumah. 019-2907726

    ReplyDelete
  8. saya nak tanya berkenaan kayu kelat ni , kayu kelat ni baik tak dari segi kualitinya , mintak jasa baik tuan untuk whatsapp saya di no 01136305701

    ReplyDelete
  9. saya cari kayu leban diameter 17 inci keatas dalam 10 pokok . klu boleh sediakan tukang potong dan belah .01123767366 .

    ReplyDelete
  10. SAYA NAK MATERIAL: PALLET WOOD

    SIZE DIMENSION : 3" X0.7" X60"

    QTY : 500PCS

    RAJ
    012-6446608

    ReplyDelete
  11. Salam
    Saya mencari kayu utk bumbung buat porch apa kah kayu yg ok adakah kayu cengal Pm 0123253131 utk tahu cost kayu terima kasih

    ReplyDelete
  12. Sy pembekal kayu balau dan chengal 0179158786

    ReplyDelete
  13. Cari kayu cengal , contact 016 4226019

    ReplyDelete
  14. Thank You and that i have a dandy present: Who Repairs House Siding whole house renovation

    ReplyDelete