Wednesday, 16 March 2016

Membeli atap rumah di Thailand

Pada 16/3/16 aku telah pergi ke Selatan Thailand untuk meninjau harga barang rumah di sana. Hanya berbekalkan sedikit maklumat tentang lokasi kedai menjual perkakasan rumah, aku terus ke sana. Mengikut maklumat yang diberi rakan, kedai perkakasan tersebut terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia-Thai, mungkin hanya beberapa kilometer dari pintu sempadan.

Aku bawa pasport. Niatnya mahu bawa kereta sendiri terus masuk ke Thailand. Aku tak tahu apa-apa prosedur untuk membawa masuk kereta, pakai redah saja. Apabila sampai berhampiran pintu sempadan, aku tanya pada penduduk setempat yang biasa berulang-alik ke sana. Namun, mereka pun tak berapa jelas kerana kebanyakan mereka pun tak pernah ikut prosedur untuk masuk sempadan. Pakai seberang sungai golok naik perahu saja. Ada yang kata aku perlu buat no. plat thai. Bagi memastikan betul-betul sahih, aku terus bertanya pegawai imigresen yang jaga pondok kawalan tu. Dia kata kena tanya JPJ untuk urusan masuk kenderaan. Pondok JPJ ada selepas pondok Imegresen. Aku pun bawa masuk kereta ke sempadan, selepas lalu ikut pondok Imegresen untuk cop pasport, aku hentikan kereta sebelah pejabat JPJ dan terus tanya pegawai JPJ yang bertugas. Dia kata bagi pihaknya tidak ada masalah untuk lepaskan kereta cuma bergantung pada pihak Thai pulak. Aku pun terus lintas Sungai Golok dan ke Imigresen Thai pulak. Sampai ke Sempadan Thai, aku terus pergi ke pejabatnya dan tanya beberapa orang Malaysia yang sedang buat urusan kereta di sana. Mereka kata kena bawa geran kereta dan isi borang serta bayar roadtax. Aku tak bawa pun geran. Aku tanya pulak jaga Thai yang bertugas, aku kata hanya nak pergi dekat-dekat saja. Dia kata aku kena tanya pegawai yang bertugas dekat pondok di tepi lorong kereta tu. Aku nampak ada 3 orang pegawai yang duduk di meja di tepi laluan kereta di pintu sempadan Thai. Aku terus tanya pegawai tu, dia kata kena isi borang saja kalau nak pergi dekat-dekat. Dia suruh cop pasport dulu. Aku pun pergi isi borang masuk Thai dan cop pasport. Ada pegawai yang boleh tolong isi borang masuk jika anda tak tahu berbahasa inggeris atau thai dengan upah rm2 satu borang. Aku isi sendiri jer. Lepas cop aku pergi balik kat meja pegawai tepi lorong kereta tadi dan isi borang kereta. 2-3 minit dah siap.

Aku pun terus masuk ke sempadan Thai. Tapi kawalan keselamatan kawasan Thai memang ketat, Setiap pemandu yang masuk akan diambil gambar dan dirakam cctv. Penuh askar yang bersenjata berkawal di pos kawalan. Aku pun pergi pakai redah saja dan berhenti tanya orang di sekitar tentang kedai menjual perkakasan rumah. Barang yang aku nak cari ialah atap gajah/siam. berbekalkan maklumat yang diberi, aku terus cari kedai tersebut. Rakan aku kata ada patung gajah di depan kedai tersebut. Dalam 6-7 Km aku terus jumpa kedai tu. kalau nak baca signboard memang tak paham la sebab semua bahasa Thai.






Masuk ke kedai, aku nampak beberapa pekerja pakai tudung. Fuh lega sket sebab mesti dia pandai cakap melayu. Aku pun tanya harga dan bincang pasal atap yang nak beli. Harga sekeping atap gajah kat sini ialah rm7.70 berbanding di kedai Aku Big Kota Bharu ialah rm10.50. Aku perlu dalam 1000 keping, banyak jugak bezanya tu walaupun pada masa sekarang duit Malaysia jatuh teruk. Masih boleh untung. Urusan bawa barang pulang tak susah. Dia dah ada perkhidmatan bawa pulang barang. Upah lori sampai ke rumah aku di Jerteh, Besut ialah rm350. Cukai rm1 untuk sekeping atap. selepas tolak semua tu, masih untung 2-3ribu. ok..selepas bayar dalam duit ringgit, aku terus pulang..

7 comments:

  1. SALAM BRO,ATAP TU SAIS BRAPA YE?

    ReplyDelete
  2. Salam boh..ada no tel x? Nak tanya pasal atap gajah..rumoh kat besut tu kat mano? Kawe duk besut jgk..no kawe 0194508424

    ReplyDelete
  3. Blh tau x landmark kedai tu

    ReplyDelete
  4. Nk tau tempat kat mana beli tu

    ReplyDelete
  5. Assalam, ada tak landmark utk ke kedai tu? Nk tukar atap rumah di jerteh juga

    ReplyDelete