Wednesday, 16 March 2016

Membeli atap rumah di Thailand

Pada 16/3/16 aku telah pergi ke Selatan Thailand untuk meninjau harga barang rumah di sana. Hanya berbekalkan sedikit maklumat tentang lokasi kedai menjual perkakasan rumah, aku terus ke sana. Mengikut maklumat yang diberi rakan, kedai perkakasan tersebut terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia-Thai, mungkin hanya beberapa kilometer dari pintu sempadan.

Aku bawa pasport. Niatnya mahu bawa kereta sendiri terus masuk ke Thailand. Aku tak tahu apa-apa prosedur untuk membawa masuk kereta, pakai redah saja. Apabila sampai berhampiran pintu sempadan, aku tanya pada penduduk setempat yang biasa berulang-alik ke sana. Namun, mereka pun tak berapa jelas kerana kebanyakan mereka pun tak pernah ikut prosedur untuk masuk sempadan. Pakai seberang sungai golok naik perahu saja. Ada yang kata aku perlu buat no. plat thai. Bagi memastikan betul-betul sahih, aku terus bertanya pegawai imigresen yang jaga pondok kawalan tu. Dia kata kena tanya JPJ untuk urusan masuk kenderaan. Pondok JPJ ada selepas pondok Imegresen. Aku pun bawa masuk kereta ke sempadan, selepas lalu ikut pondok Imegresen untuk cop pasport, aku hentikan kereta sebelah pejabat JPJ dan terus tanya pegawai JPJ yang bertugas. Dia kata bagi pihaknya tidak ada masalah untuk lepaskan kereta cuma bergantung pada pihak Thai pulak. Aku pun terus lintas Sungai Golok dan ke Imigresen Thai pulak. Sampai ke Sempadan Thai, aku terus pergi ke pejabatnya dan tanya beberapa orang Malaysia yang sedang buat urusan kereta di sana. Mereka kata kena bawa geran kereta dan isi borang serta bayar roadtax. Aku tak bawa pun geran. Aku tanya pulak jaga Thai yang bertugas, aku kata hanya nak pergi dekat-dekat saja. Dia kata aku kena tanya pegawai yang bertugas dekat pondok di tepi lorong kereta tu. Aku nampak ada 3 orang pegawai yang duduk di meja di tepi laluan kereta di pintu sempadan Thai. Aku terus tanya pegawai tu, dia kata kena isi borang saja kalau nak pergi dekat-dekat. Dia suruh cop pasport dulu. Aku pun pergi isi borang masuk Thai dan cop pasport. Ada pegawai yang boleh tolong isi borang masuk jika anda tak tahu berbahasa inggeris atau thai dengan upah rm2 satu borang. Aku isi sendiri jer. Lepas cop aku pergi balik kat meja pegawai tepi lorong kereta tadi dan isi borang kereta. 2-3 minit dah siap.

Aku pun terus masuk ke sempadan Thai. Tapi kawalan keselamatan kawasan Thai memang ketat, Setiap pemandu yang masuk akan diambil gambar dan dirakam cctv. Penuh askar yang bersenjata berkawal di pos kawalan. Aku pun pergi pakai redah saja dan berhenti tanya orang di sekitar tentang kedai menjual perkakasan rumah. Barang yang aku nak cari ialah atap gajah/siam. berbekalkan maklumat yang diberi, aku terus cari kedai tersebut. Rakan aku kata ada patung gajah di depan kedai tersebut. Dalam 6-7 Km aku terus jumpa kedai tu. kalau nak baca signboard memang tak paham la sebab semua bahasa Thai.






Masuk ke kedai, aku nampak beberapa pekerja pakai tudung. Fuh lega sket sebab mesti dia pandai cakap melayu. Aku pun tanya harga dan bincang pasal atap yang nak beli. Harga sekeping atap gajah kat sini ialah rm7.70 berbanding di kedai Aku Big Kota Bharu ialah rm10.50. Aku perlu dalam 1000 keping, banyak jugak bezanya tu walaupun pada masa sekarang duit Malaysia jatuh teruk. Masih boleh untung. Urusan bawa barang pulang tak susah. Dia dah ada perkhidmatan bawa pulang barang. Upah lori sampai ke rumah aku di Jerteh, Besut ialah rm350. Cukai rm1 untuk sekeping atap. selepas tolak semua tu, masih untung 2-3ribu. ok..selepas bayar dalam duit ringgit, aku terus pulang..

Thursday, 10 March 2016

Latihan Perahu Layar


Pada minggu lepas, kami mengadakan satu latihan asas pelayaran kepada pelajar baru. Lawatan sehari ke Pulau Duyong lebih kepada untuk mendedahkan asas sukan ini..











Terengganu Monsoon Cup

Pada bulan disember 2015 lepas, buat kali pertama aku masuk pertandingan perahu layar sempena Terengganu Monsoon Cup. Ada dua piala dipertandingkan, piala Monsoon Cup dan Tourism Cup. Team aku hanya boleh masuk Tourism Cup disebabkan kami ni sebenarnya AJK utk pertandingan ni, jadi siapa nak buat kerja kalau semua orang pakat join. Kejohanan diadakan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu..



 Menariknya, walaupun kali pertama masuk, kami dah dapat menjuarai piala Tourism Cup yang kami sertai ini. Mungkin rezeki dan tuah menyebelahi nasib kami memandangkan pasukan lawan semuanya berlatarbelakang pelayar sepenuh masa dan juga jurulatih. Dapatlah bawa balik piala dan Duit RM5000..








Tempat Latihan

Latihan perahu layar biasanya diadakan di Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Setakat ini, hanya ada satu perahu layar jenis Laser Standard..bolehlaa nak buat latihan sikit-sikit. Better than nothing..


ATAP DAN LOTENG

Besi palang atap yang aku welding tu dah siap. pekerja pasang saja pada tapak yang aku dah buat. tapi besi ni agak berat, memang nak terberak jugak laa nak angkat naik atas..













Logam dan Kayu

Sampai satu tahap, aku yang kena ambil alih projek ni untuk sementara. Aku terpaksa siapkan kerja-kerja besi dan kimpalan bagi pembinaan atap nanti. Tukang aku tak ada kemahiran besi, kalau nak upah orang buat, bertambah kos pulak. Rumah aku ni atas kertas pun dah nampak mcm over budget. Jadi sebolehnya aku nak cut cost. Maka aku pun cari peralatan yang perlu dalam internet seperti dalam website Lazada dan HupSengWare dan jadi Mr DIY. Hentam sajalah labuuu...


 Habis jadi welder, jadi carpenter pulakk.. ni pun kena upah suku jika nak buat. Kena angkut lori bawa pergi kilang untuk ketam kayu-kayu ni. Upah ketam kayu pun dalam ratus-ratus jugak satu tan. Jadi bila pikir-pikir kos terlibat aku pun buat sendiri je laaa... ni nak buat hujung atap tu berukir-ukir..


Cari Kayu

Tibalah masa untuk membeli kayu bagi keperluan sebuah rumah. Proses ini agak menjerihkan bagiku. Bermula dengan pencarian kilang kayu/sawmill yang murah. Aku terpaksa merantau hingga ke Daerah Jeli Kelantan untuk mencari kayu yang termurah. Aku mencari kayu jenis meranti bukit untuk pembinaan atap dan dalaman rumah kerana harga yang agak murah dan kualiti yang sederhana. Kalau nak yang berkualiti mestilah seraya atau cengal. tapi maklum sajalah harganya yang mencecah belasan ribu satu tan. Cari punya cari, akhirnya aku jumpa satu sawmill milik Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) di Dabong, Kelantan, dekat dengan Gunung Stong. Kilang ni dengar khabarnya akan ditutup sehari dua je lagi semasa aku sampai di sini.

Kayu meranti bukit di sini harganya dalam rm2000 satu tan berbanding kt daerah aku di Besut yang lebih kurang rm2700 satu tan. Beza dalam rm700 satu tan. Aku perlu kayu dalam 13 tan. Jadi itu membawa perbezaan yang agak banyak. Namun disebabkan oleh kilang ni dah nak tutup, maka stok kayu ada sedikit sahaja. aku borong semua yang ada. Kayu 2x4, 2x2, 12x1, papan lantai. Kayu saiz lain dah habis.. Papan lantai untuk loteng jenis kayu kelat merah berharga rm1600 satu tan, jauh lebih murah berbanding di Besut yang mungkin berharga rm2000 ke atas. Manakala kayu untuk buat lapik tangga dan beranda luar rumah bersaiz 12x1 itu pula jenis kayu kekatong..semua skali harga rm27k..habis pokai duit aku...


 Kayu papan lantai jenis kelat merah. Dapat harga murah sebab bekas tenggelam banjir besar kelantan tahun lepas. tapi masih ok lagi, cantik lagi kalau ketam balik..borong semua yang ada..

 Kayu meranti bukit 2x2 ni je yang tinggal. borong semua..

Kayu kekatong 12x1 untuk tangga kayu 







 Masalah logistik memberi cabaran yang agak besar. Kebetulan masa ni musim hujan, jalan jadi becak. lori bawa kayu tak dapat masuk walaupun dan letak batu jalan..




 kayu terpaksa dibuang di luar kawasan rumah. lokasi yang agak jauh untuk membawa kayu tersebut ke rumah. pening lagi..



Tambun lagi batu untuk sewa lori angkut kayu sikit-sikit ke tapak rumah. 2 hari baru habis angkut. sewa lori 2 hari = rm200. Upah pekerja angkut rm500 2 hari. Sewa lori balak dari kilang ke sini dalam rm1000..penat oooooo